Namaku Ahmad Moh, dan nama penaku adham
   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Jun 5, 2005
Hari Jadi ke - 14

Hai! Pehabar ari nie? Dah lama tak bersua, so ari nie agak free sedikit so apa yg nak diceritakan yea...?? Skang dah masuk bulan 6, dalam diam tak diam dah separuh tahun 2005 rupanya. Setiap insan akan menyambut ulangtahun masing-masing atau ramai yg panggil birthday. Aku masih ingat lagik kisah temanku menyambut hari jadinya yg ke-14 tahun, namanya adham. Kisahnya begini...

Hari nie genap umurku 14 tahun, tanpa kusedari perasaanku sayu bercampur berbaur. Aku pun tak faham mengapa aku harus bersedih setelah umurku layak memasuki tingkatan 2. Dalam kelas aku, ramai jugak rakan-rakanku yg buat sambutan hari jadi masing-masing, paling tidak pun mereka akan menerima kad ucapan hari jadi. Tapi aku ari nie, ntah sape yg akan memberi kad pada aku. Kalu ada yg ucap pun kira dah baik sgt tuh! Tepat jam 1.30 ptg loceng sekolah berbunyi, bermakna tiada seorang rakanku yg ucapkan selamat hari jadi setelah masing-masing mengankat beg dan berlalu ke luar pagar sekolah (agak sedih juga hatiku, tapi..... hero kan...).

Sebaik turun dari bas, aku terus mengambil basikal buruk lagi tua yg senantiasa setia utk ditunggangi olehku. Aku berkayuh perlahan menuju pulang ke rumah sambil menyanyi happy birthday 2 u! uuwwaaa....:(((

Lebih kurang jam 5.00 ku pandang wajah org tuaku, aku memanggil ayahku dan menyatakan kpdnya bahawa aku perlukan RM5. Namun mereka bersahaja meneruskan aktiviti harian mereka yg tak perlu aku ulaskan. Aku ke bilik air mengambil wuduk utk solat Asar. Selesai solat asar aku berdoa panjang kepada ALlah agar aku mampu meneruskan hidupku biarpun aku rasa semakin tertekan dengan sekeliling aku. Aku merayu kepadaNya agar segala kebaikan berpihak kpdku. Selesai doa perlahan aku membuka almariku dan mengeluarkan tabung simpanan aku. Dengan cermat aku mengeluarkan not 5 ringgit.

Aku mengayuh basikal (sahabat paling setia hingga ke saat ini) menghala ke kedai mak ngah di tepi simpang jalan.
   
   "Mak Ngah! bagi mee manggi satu, teh! satu." Ku laungkan kepada mak ngah di dapur kedai. Mak Ngah menganggukkan kepalanya bermakna aku tak perlu menjerit lagi.

Sebaik sampai makanan yg ku pesan telah sampai, aku termenung sebentar. Ku tenung sedalam-dalamnya mee manggi dan teh tarikh yg sampai. Sepanjang dalam hidup aku, inilah kali pertama aku order makanan yg paling mahal. Jikalau ibuku ada bersamaku tatkala ini, pasti aku tak perlu order makanan maggi kat mak ngah. Pasti aku gembira hari ini, sebab aku tak perlu korek tabung simpanan aku nak dptkan RM5 (sbg makluman aku tak pernah korek duit tabung, melainkan kalu tabung dah penuh!), sebab ada org bagi hadiah kat aku. Dan yg paling penting, org yg melahirkan aku akan ada bersamaku utk meraikan aku menyambut harijadiku yg ke-14. Tapi org tuh! takder...

Dengan mata yg berair aku mulakan dengan Bismillah dan menjamu seleraku dgn mee maggi dan teh! Hanya aku sorang saya yg tau, hari ini adalah harijadiku (Tanpa kek, tp dgn maggi)

Malam itu, aku tidur atau dalam kata lain insan umur 14 tahun/tingkatan 2 dah tidur. Esok dia perlu bangun pagi, bagi menyambung hidupnya tanpa ibu yg dirinduinya.


Wassalam

Posted at 10:46 pm by bolat
Comment (1)  

Mar 25, 2005
Keindahan Tangan Ibu


Sedikit sedutan kisah ibu kepada kawan kita;

Keindahan Tangan Ibu

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi e kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu dan Ayah. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........


Posted at 05:06 pm by bolat
Make a comment  

Mar 1, 2005
Kuch Kuch Hota Hai

Pagi nie, sedang belek-belek mencari fail memo utk print dan hantar ke boss utk disemak tetiba aku nampak folder lagu hindustan. Aku pun terus buka fail lagu hindustan dan terkeluarlah lagu Kuch Kuch Hota Hai (Lakonan Shah Rukh Khan, Rani Mukhrejee & Kajol). Filem hindustan yg mula-mula aku minat setelah diracun oleh member baik aku Arwah Khairol Kamat biarpun pada awalnya aku kurang berminat dgn filem hindustan. Arwah mmg minat giler dgn filem shah rukh khan sampai kekadang tuh! cakap ngan aku ckp hindustan. Maybe masa tuh arwah sdg hangat bercinta dgn aweknya bagai nak rak. Aku ngan arwah adalah member rapat dan segala rahsianya adalah rahsiaku. Segala kesusahan berkongsi bersama. Masih aku ingat ketika aku pakai motor suzuki best tak beroadtax, apabila ada kelas pagi aku akan pergi kemudian bimbang ada road block di tengah jalan dan arwah lah yg akan menelefon aku samada polis atau tidak. Sedih bukan! aku nak pergi ke kelas pun dlm keadaan ketakutan disebabkan motor tak beroadtax. Bukan apa, pasal beli motor murah mmg mcm tuh! nak beli yg mahal cam member yg lain tak mampu dgn mengharapkan loan study.

Sampai kini aku masih ingat lagi kata-kata arwah bila call aku.
   "Mat! hari nie ko tak yah gi kelas, ada road block"
   "Ok! aku tido laa....." Balas ku sambil meletak telefon.


Dlm sedar tak sedar arwah telah kembali ke Rahmatullah hampir 7 tahun, setelah terlibat dengan satu kemalangan di Bangi. Secara tidak langsung juga aku telah kehilangan sahabat baik aku hampir 7 tahun. Kawan sama menangis dan sama gelak ketawa.

Akan ku coretkan kisahku dan kisahnya jika berkesempatan. Apa pun cuma kita kenangkan sahabat, saudara dan juga insan-insan yg pernah kita tegur atau bersapa yang telah pun pergi buat selamanya. Cuba kita bayangkan kenangan kita bersama mereka, tak kiralah kisah suka ataupun duka. Pasti kita akan rindu di saat-saat itu, namun itulah hakikat yg harus kita terima dimana YG PERGI TETAP TELAH PERGI DAN KITA YG ADA HARUSLAH MENERUSKAN HIDUP SERTA MENGINSAFI KE ATAS SEMUA KEJADIAN.

WASSALAM
Ahmad MS

Posted at 02:31 am by bolat
Comment (1)  

Feb 26, 2005
Kali ke 2


Adakah aku berjaya...?? atau masih begini ..?? atau bagaimana...?? sama-samalah kita saksikan

Posted at 11:30 pm by bolat
Make a comment  

Selamat Datang ke Web BOLAT

Selamat datang ku ucapkan kepada peminat-peminatku, hari ini merupakan hari pertama aku menulis di laman web baruku ini. Segan jugak utk mempertontonkan kpd org ramai, tapi apa salahnya kalu hobi atau minat utk menuliskan ? Sekurang-kurangnya ada jugak cerita utk kita kongsikan bersama. Semoga kisah-kisah yg akan ku tuliskan mampu mengimbas kembali kenangan kita bersama yg pastinya hanya mampu mengamit kita sekali-sekala tatkala masa yg semakin kian memisahkan kita dgn kejadian yg menjadi kenangan.

Kisah-kisah yg akan ku tuliskan, berkisar kisah teman-temanku baik yg masih hidup ataupun sudah pergi buat selamanya. Segala kisahku ini tiada sebarang unsur memburukkan atau memalukan satu-satu individu melainkan utk tatapan peminat-peminatku (sekiranya ada) dengan satu harapan, semoga ianya akan menginsafi diri.


AhmadMS

p/s: aku ada peminat ker...kalu pompuan dlm gambar tuh! 4 sure dah ramai peminat kan...??

            
                                          

Posted at 10:59 pm by bolat
Make a comment